Categories
Berita Semasa

33 orang awam syahid angkara serangan kejam rejim Zionis.

Isnin,17-05-2021 – Israel bunuh 33 orang awam termasuk kanak-kanak di bandar Gaza – Jumlah kematian di Gaza meningkat ke 181 orang, termasuk 52 kanak-kanak dan 31 wanita.Keganasan rejim Zionis di Semenanjung Gaza telah memasuki hari ketujuh, dengan serangan udara pada waktu Subuh telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 33 orang penduduk Palestin, mencederakan 50 yang lain, dan meruntuhkan sekurang-kurangnya dua bangunan pangsapuri bersama dengan penghuninya.

Menurut maklumat terkini dari Kementerian Kesihatan Gaza, mangsa yang terbunuh termasuk lapan kanak-kanak dan 12 wanita, sementara pasukan penyelamat dengan bantuan penduduk mula mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan kediaman yang musnah di dalam serangan rejim Zionis di daerah al-Wahda di tengah bandar Gaza.

Seorang wartawan dari Pusat Informasi Palestin berkata serangan udara berterusan ke atas Gaza telah menyebabkan kemusnahan besar-besaran melibatkan rumah, kemudahan awam dan jalan raya, dan juga menyebabkan kehilangan sumber tenaga elektrik ni utara kejiranan Rimal di bandar Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan