
Ahad,23-05-2021 – Taher Al-Nunu, penasihat media Hamas, mengatakan pada hari Khamis lalu bahawa Gerakan tersebut telah diberitahu oleh para pegawai di Mesir bahawa gencatan senjata di Semenanjung Gaza akan berlaku secara bersepakat dan serentak pada jam 0200 pagi Jumaat.
Nunu memberitahu dalam satu pernyataan ringkas bahawa pejuang Palestin akan mematuhi perjanjian ini selagi mana pihak penjajah juga mematuhi.
Perjanjian ini ekoran pencerobohan ganas di Semenanjung Gaza yang dilancarkan oleh pasukan rejim Zionis, di mana lebih dari 230 orang mati syahid dan lebih dari 1,500 orang awam cedera, manakala serangan artileri dan udara telah menghancurkan beratus-ratus rumah kediaman, selain kerosakan besar pada pelbagai prasarana.
Sebaliknya, roket-roket pejuang Palestin mensasarkan bandar-bandar Palestin yang dijajah dan penempatan berhampiran Gaza, membunuh 12 orang Israel, selain kerosakan yang melanda bangunan-bangunan di kawasan-kawasan tersebut.
Pesawat perang Israel untuk hari ke-11 berturut-turut terus-menerus menyerang Semenanjung Gaza pada Khamis malam lalu, memusnahkan lebih banyak kediaman dan kemudahan dan membunuh dan mencederakan lebih ramai rakyat Palestin.
Angka kematian akibat pencerobohan Israel yang berterusan terhadap Semenanjung Gaza telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 232 orang Palestin, termasuk 65 kanak-kanak, 39 wanita, dan 17 warga emas, selain 1,760 yang cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul