Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri Lawat Mauritania Untuk Bertemu Pegawai dan Tokoh Masyarakat

Isnin,24-05-2021 – Pegawai kanan Hamas Sami Abu Zuhri tiba di ibu negara Mauritania, Nouakchott, pada petang
Jumaat dalam lawatan rasmi untuk bertemu pegawai serta tokoh politik dan masyarakat.

Sumber mengatakan bahawa lawatan Abu Zuhri ke negara itu bertujuan untuk menyampaikan bagi pihak rakyat Palestin dan perjuangan mereka, setinggi-tinggi penghargaan kepada para pemimpin, ahli politik dan rakyat Mauritania di atas kenyataan untuk menyokong rakyat Palestin dan keadilan yang mereka perjuangkan.

Abu Zuhri dijadual akan mengadakan pertemuan dengan ahli politik dan tokoh-tokoh nasional terkenal untuk mengucapkan terima kasih di atas kenyataan yang telah mereka suarakan untuk menyokong rakyat Palestin dan usaha yang telah dilakukan dalam menghadapi pencerobohan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar