Categories
Berita Semasa

Penduduk Sheikh Jarrah Minta Pengepungan Ditamatkan

Selasa,25-05-2021 – Penduduk kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Yang Diduduki pada hari Sabtu lalu telah memanggil untuk solidariti bersama-sama mereka untuk mengakhiri sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas kawasan kejiranan tersebut selama 14 hari.

Penduduk kejiranan Sheikh Jarrah meminta untuk mengadakan tunjuk perasaan di kawasan kejiranan pada pukul lima petang hari ini untuk memprotes pengepungan yang dikenakan oleh polis penjajah ke atas mereka.

Aktivis Alaa Salaymeh, seorang penduduk Sheikh Jarrah, menyatakan bahawa polis Israel mengepung kawasan kejiranan tanpa alasan, dengan menekankan bahawa apa yang berlaku adalah hukuman kelompok yang dilarang di peringkat antarabangsa.

Bagi pihak penduduk Syeikh Jarrah, dia meminta mahkamah pendudukan untuk membatalkan sekatan itu kerana ianya tidak sah.

Salaymeh menegaskan bahawa polis penjajah melindungi para peneroka haram dan telah menjadikan Sheikh Jarrah sebagai berek tentera tertutup.

Aktivis itu menambah bahawa polis penjajah melarang kehadiran sesiapa di jalan-jalan kejiranan dan memeriksa kad pengenalan penduduk, sama ada semasa masuk mahupun keluar dari kawasan tersebut, bahkan di hadapan rumah mereka sendiri. Rakyat Palestin juga tidak dibenarkan mengunjungi saudara mara mereka di dalam kawasan kejiranan berkenaan, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul