Categories
Berita Semasa

Polis Israel Sekat Perarakan di Sheikh Jarrah

Selasa,25-05-2021 – Malam Sabtu lalu, polis Israel telah menghalang sebuah tunjuk perasaan yang dianjurkan di hadapan pintu masuk barat ke kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Yang Diduduki.

Berpuluh-puluh orang rakyat dan aktivis perpaduan telah menyertai perarakan tunjuk perasaan tersebut, dan telah menuntut supaya para peneroka haram menghentikan provokasi mereka serta menghentikan kepungan di kawasan berikut selama 14 hari.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengatakan bahawa ramai orang awam yang cedera, termasuk seorang yang terkena bom bunyi di kepala dan telah dibawa ke hospital, sementara kecederaan yang lain telah dirawat di lapangan.

Kejiranan Sheikh Jarrah menyaksikan pertempuran harian antara polis penjajah dan peneroka haram di satu pihak dan jiran tetangga, penduduk Baitulmaqdis, para pemuda dan aktivis perpaduan di pihak yang lain. Mereka sering berhadapan dengan pencerobohan dan serangan peneroka haram, sekaligus membuktikan kejituan mereka di tanah air mereka.

500 orang penduduk Baitulmaqdis yang tinggal di 28 rumah di kawasan tersebut berhadapan ancaman kehilangan tempat tinggal setelah beberapa kumpulan Yahudi baru-baru ini mendapatkan keputusan mahkamah Israel yang memberi mereka lampu hijau untuk mengambil alih rumah-rumah kediaman di Sheikh Jarrah, walaupun pada hakikatnya penduduk kejiranan tersebut adalah pemilik sebenar dan sah hartanah di sana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul