
Rabu,26-05-2021 – Polis penceroboh Israel pada hari Ahad mengeluarkan satu arahan melarang beberapa wanita Baitulmuqaddis daripada memasuki masjid al-Aqsa, di kemuncak gangguan ke atas pengunjung Muslim di tapak suci itu.
Menurut sumber tempatan, polis Israel mengusir lapan wanita Baitulmuqaddis dari masjid al-Aqsa selama seminggu dan mengarahkan mereka untuk kembali semula pada minggu hadapan untuk menerima arahan sama yang melarang mereka daripada memasuki tapak suci itu selama enam bulan.
Polis Israel turut memanggil lebih sepuluh orang wanita Baitulmuqaddis untuk soal siasat selepas mereka meninggalkan masjid al-Aqsa dan menahan mereka selama beberapa jam di balai polis Qishla di Kota Lama.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan