Categories
Berita Semasa

Keluarga Palestin Diarah Robohkan Rumah, Ladang di Bethlehem

Selasa, 01-06-2021 – Tentera rejim Zionis pada hari Sabtu lalu telah memerintahkan sebuah keluarga Palestin untuk merobohkan rumah kediaman dan ladang mereka sendiri di timur Bethlehem dengan alasan bahawa ia adalah pembinaan tidak berlesen.

Bercakap bagi pihak keluarganya, Mohamed al-Wahsh mengatakan bahawa keluarganya mendapat notis daripada pihak pentadbiran awam tentera Israel yang memerintahkan supaya mereka merobohkan sebuah rumah seluas 60 meter persegi dan sebuah ladang lembu seluas 40 meter persegi di kawasan Fureidis di timur Bethlehem.

Wahsh menambah bahawa tentera Israel mengancam untuk mengenakan bayaran denda ke atas keluarga tersebut serta perbelanjaan untuk kos perobohan sekiranya kakitangan mereka datang untuk melaksanakan arahan perobohan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul