Rejim Zionis Meratakan Kawasan Luas di Bandar Jalud, Nablus

Khamis,10-06-2021 – Rejim Zionis pada hari Selasa lalu telah memusnahkan beberapa bidang kawasan Palestin yang luas di bandar Jalud, selatan Nablus, dan merobohkan sebuah rumah hijau di kampung Bardala di Lembah Jordan utara.

Ghassan Daghlas, seorang pegawai yang memantau kegiatan pemukiman di utara Tebing Barat, mengatakan dalam satu kenyataan media bahawa beberapa bandar di pinggiran selatan Nablus menyaksikan aktiviti jentolak secara besar-besaran untuk memperluaskan lapan penempatan Yahudi dan membina lebih banyak unit perumahan untuk peneroka haram.

Dia menambah bahawa dua hari yang lalu kerja-kerja meratakan telah dilakukan di perkampungan Svut Rachel di bandar Jalud, di Basin No. 13 untuk menyiapkan tanah untuk membina lebih banyak unit perumahan.

Dalam perkembangan lain, pemilik rumah hijau di Lembah Jordan, Muhammad Sawafta, mengatakan bahawa jentolak rejim Zionis telah merobohkan kemudahan tersebut pada hari Selasa.

Minggu lalu, rejim Zionis memberitahu Sawafta bahawa kemudahan pertanian itu akan dirobohkan dalam masa 96 jam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul