Categories
Berita Semasa

Askar rejim Zionis Israel lepaskan tembakan ke arah petani di selatan Gaza.

Selasa,15-06-2021 – Askar rejim Zionis Israel pada pagi Ahad telah menyerang petani Palestin yang sedang mengerjakan ladang mereka di tenggara Semenanjung Gaza.  Seorang wartawan dari Pusat Maklumat Palestin melaporkan askar berada di belakang tembok sempadan di timur Khan Yunis melepaskan tembakan ke arah petani di al-Fakhari.Tiada kecederaan dilaporkan namun serangan yang semakin meningkat memaksa petani untuk berhenti  dan meninggalkan ladang-ladang mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad