Categories
Berita Semasa

Penceroboh, rabbi Glick mengunjungi al-Aqsa

Khamis,17-06-2021 – Sekumpulan penceroboh Yahudi dan rabbi berhaluan kanan Yehuda Glick menngunjungi masjid al-Aqsa pada pagi hari Selasa, di tengah-tengah langkah keselamatan ketat di kota suci itu untuk menjamin keselamatan perarakan bendera terkenal yang akan dilancarkan oleh pelampau Yahudi pada hari ini.

Seperti kebiasaan, penceroboh memasuki masjid berkenaan dalam beberapa kumpulan berbeza dan melawat halamannya di bawah pengawasan polis. Sumber tempatan berkata sekurang-kurangnya 54 orang penceroboh termasuk Glick, mengunjungi masjid itu pada waktu pagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan