Categories
Berita Semasa

Pemuda Gaza meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami dalam serangan yang lalu

Khamis,17-06-2021 – Seorang pemuda Palestin diisytiharkan mati pada hari Selasa malam setelah beliau meninggal dunia akibat cedera parah yang dialaminya semasa serangan Israel yang lalu terhadap Gaza, yang berakhir pada 21 Mei setelah perjanjian gencatan senjata yang dimeterai.

Mangsa terbaru itu adalah Muayyad Hamdan dari Beit Hanoun di utara Gaza, kata sumber perubatan kepada Pusat Maklumat Palestin.

Oleh itu, jumlah kematian akibat pencerobohan Israel terhadap Gaza baru-baru ini meningkat kepada 262 orang yang mati syahid, termasuk 70 kanak-kanak dan 35 wanita.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul