
Selasa, 22-06-2021 – Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) telah menunda selama lebih seminggu untuk memberi kebenaran kepada peguam Suruhanjaya Tahanan melawat tahanan yang sedang mogok lapar, Ghadanfar Abu Atwan, yang dipindahkan dan ditahan di Hospital Kaplan Israel baru-baru ini berikutan keadaan kesihatannya yang bertambah buruk.
Suruhanjaya berkenaan berkata pada hari Isnin bahawa wujud kebimbangan terhadap nyawa Abu Atwan, terutamanya setelah IPS mencederakan dan menyerangnya dengan kejam sebelum ini dan dia telah dibawa beberapa kali ke hospital di Israel.
Kenyataan itu juga menambah bahawa Abu Atwan menolak lebih dari sekali untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan menahan diri dari meminum air sebagai bentuk protes terhadap layanan buruk yang diterimanya baru-baru ini.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar