Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Cemari Masjid Al Aqsa di Bawah Pengawasan Polis

Selasa, 22-6-2021 – Berpuluh-puluh peneroka Yahudi pada pagi Isnin lalu telah mencemari Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Yang Diduduki.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 59 peneroka memasuki Masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan mengadakan lawatan di sekitar pekarangannya di bawah pengawasan polis.

Masjid Al Aqsa setiap hari terdedah kepada pencemaran oleh peneroka Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka haram menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci tersebut. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram.

Semasa kehadiran peneroka di perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Islam di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul