Categories
Berita Semasa

Zionis beri notis pemberhentian pembinaan kepada 20 buah rumah di Nablus

Isnin, 28-06-2021 – Rejim zionis telah mengeluarkan arahan pemberhentian pembinaan bangunan pada Selasa lalu. Hampir 20 buah rumah di bandar Rujib, timur Nablus dan beberapa kawasan yang terlibat di kawasan C telah terjejas kerana arahan ini.

Mufid Dweikat, ketua Majlis Rujib, mengatakan bahawa pasukan rejim zionis dan Pentadbiran Awam telah menyerbu kampung tersebut dan menggeledah beberapa rumah serta menyerahkan notis kepada pemilik untuk menghentikan operasi pembinaan. Menurut agensi berita SAFA, zionis turut mengeluarkan saman  dan mereka perlu menghadiri sesi pengadilan di Beit El.

Dweikat menjelaskan bahawa rumah-rumah ini terletak di kawasan tenggara bandar dan kebanyakannya telah dibina beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau menambah dalam kenyataannya, sebahagian daripada penempatan ini telah diduduki manakala sebahagian yang lain masih dalam pembinaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti