
Isnin, 28-06-2021 – Sekumpulan pendatang haram yang merupakan pelampau Yahudi dengan diiringi anggota polis rejim Israel memasuki kawasan perumahan Sheikh Jarrah dan bertindak mengugut akan mengusir keluar tiga keluarga dari rumah mereka.
Pendatang Yahudi itu datang ke rumah-rumah yang dihuni warga Palestin dengan diketuai Betzalel Smotrich seorang ahli parlimen Knesset Israel yang juga pemimpin parti agama Zionis dan pengarah pertubuhan Ateret Cohanim.
Menurut sumber tempatan, pendatang Yahudi cuba memecah masuk tiga buah rumah di kawasan perumahan yang dihuni keluarga Diyab, al-Kurd dan Qasem, mengasari keluarga tersebut dan mengugut dengan mengancam akan mengusir mereka keluar dari rumah secara paksa dalam tempoh sebulan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin