
Khamis, 08-07-2021 – Kelab Tawanan Palestin menyatakan bahawa seorang tahanan yang sedang mogok lapar, Ghadhanfar Abu Atwan telah mengumumkan bahawa beliau akan menahan diri dari makan dan minum sebagai tunjuk perasaan kerana penolakan pihak Israel untuk mengadili tuntutannya untuk mengentikan penahanan terhadap dirinya.
Abu Atwan meneruskan mogok makannya untuk hari yang ke-61 berturut-turut walaupun dalam keadaan kesihatannya yang semakin merosot.
Menurut sumber, mereka memaklumkan dalam kenyataan media bahawa Abu Atwan menghadapi masalah kesihatan yang sangat serius ketika ditahan di Hospital Kaplan Israel.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti