IOF menyerbu rumah, menculik warga Palestin di Tebing Barat

Khamis, 08-07-2021 – Pada malam semalam dan waktu subuh, tentera rejim zionis (IOF) menyerbu rumah-rumah dan menculik warga Palestin di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik peguam Fareed al-Attrash, ketua Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia, setelah menghalang keretanya di pos pemeriksaan timur laut Bethlehem ketika beliau pulang dari perarakan yang diadakan di Ramallah bagi membantah pembunuhan seorang aktivis Palestin, Nizar Banat.

Pejabat Media Asra menyatakan, IOF memindahkan Attrash ke Hospital Hadassah setelah beliau mengalami masalah kesihatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati