Zionis Serbu Kediaman Pegawai Kanan Hamas di Jenin

Isnin, 12-07-2021 – Pasukan rejim Zionis pada subuh hari Rabu lalu telah menyerbu kediaman pegawai kanan Hamas, Khaled al-Hajj di Bandar Jenin beberapa minggu setelah membebaskannya dari penjara Israel.

Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis telah meletupkan pintu masuk rumah, menyoal siasat Sheikh Hajj dan mengugutnya tentang pendirian beliau mengenai keadaan semasa di Tebing Barat.

Rejim Zionis juga menyerbu dan menggeledah rumah anggota parlimen Khaled Suleiman di bandar tersebut dan turut menyoal siasat beliau.

Sementara itu, sumber tempatan telah memberitahu seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa puak penentang telah berbalas tembakan dengan askar Israel semasa kempen Rejim Zionis di Bandar Jenin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul