Tentera Israel Arahkan Penduduk Kampung Lembah Jordan Runtuhkan Pagar Dusun

Selasa, 13-07-2021 – Tentera rejim Zionis pada hari Sabtu lalu telah memerintahkan sebuah keluarga Palestin untuk meruntuhkan pagar di sekitar sebidang tanah milik mereka di dusun Khirbet al-Hemma di utara Lembah Jordan.

Menurut sumber tempatan, pasukan Israel menyerbu dusun berkenaan dan memberi notis lisan kepada keluarga Faqha mengenai keputusan ketenteraan yang memerintahkan mereka untuk meruntuhkan pagar yang mengelilingi tanah mereka.

Tanah berkenaan dimiliki oleh penduduk tempatan dari keluarga yang bernama Mahyoub Faqha.

Pada tahun 2016, sekumpulan peneroka haram Yahudi telah merampas sebidang tanah berhampiran dusun tempat mereka membina sebuah pos, dan sejak itu mereka telah mengganggu penduduk tempatan dan menghalang mereka untuk pergi atau mengerjakan tanah mereka di kawasan itu dengan kerjasama tentera Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul