Penduduk Kampung Azzun Atma terima notis rejim Zionis untuk roboh dan henti kerja.

Jumaat, 16-07-2021 – Tentera penceroboh rejim Zionis Israel pada hari Selasa menyerahkan notis roboh dan henti kerja kepada tiga warga Palestin di Kampung Azzun Atma, selatan Qalqilya. Menurut sumber tempatan, rejim Zionis Israel menyerahkan notis henti kerja kepada seorang warga Palestin untuk rumah yang belum siap dan notis merobohkan kepada dua struktur pertanian yang dimiliki oleh dua orang kampung tersebut. Rejim Zionis Israel cuba mempertahankan tindakan mereka atas alasan untuk menghentikan pemusnahan warisan sejarah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad