Categories
Berita Semasa

Lebih 1,200 Peneroka Haram Cemari Masjid Al Aqsa

Jumaat, 23-07-2021 – Polis penjajah Israel pada pagi Ahad lalu telah menyerang para jemaah Muslim dan membenarkan ratusan peneroka haram Yahudi mencemari Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis untuk meraikan apa yang mereka gelar sebagai ulang tahun pemusnahan kuil.

Menurut sumber tempatan, polis Israel menutup Gerbang Bab al-Maghariba di Masjid setelah sekurang-kurangnya 1,230 peneroka, termasuk rabi kanan, melawat halamannya secara berkumpulan dari pukul 7:30 hingga 11:00 pagi.

Beberapa peneroka menjalankan upacara Talmud dan menyanyikan lagu kebangsaan Israel di perkarangan Masjid.Peneroka juga dilihat berkumpul dan menunaikan upacara keagamaan di gerbang dan pintu-pintu masuk Masjid.

Pada awal pagi, berpuluh-puluh orang Islam cedera setelah pasukan polis menyerbu Masjid Al Aqsa dan menyerang mereka untuk membolehkan sejumlah besar peneroka haram untuk mencemarkan tempat suci Islam berkenaan dan kawasan sekitarnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul