Categories
Berita Semasa

Jordan Kutuk Pencabulan Berterusan Israel ke atas Al-Aqsa

Jumaat, 23-07-2021 – Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan mengecam tindakan pencerobohan berterusan oleh Israel di Masjid Al-Aqsa pada hari Ahad, yang terbaru membenarkan puluhan peneroka menyerbu masjid di bawah perlindungan polis Israel dan menyerang para jemaah.

Jurucakap Kementerian, Daifallah al-Fayez, dalam satu kenyataan berkata bahawa tindakan Israel terhadap masjid tersebut ditolak dan ia merupakan pencabulan terhadap status quo sejarah dan undang-undang, undang-undang antarabangsa dan kuasa Israel sebagai penjajah di Timur Jerusalem.

Fayez menjelaskan kementerian itu telah menghantar nota protes secara rasmi meminta Israel menghentikan pencabulannya, menghormati status quo sejarah dan undang-undang, kesucian masjid, kebebasan beribadah, dan menghormati pihak berkuasa Pentadbiran Wakaf Jerusalem dan urusan Masjid Al-Aqsa di Jordan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar