
Isnin, 02-08-2021 – Keganasan meletus pada malam hari Isnin di antara pemuda Palestin dan tentera rejim Zionis di kawasan timur bandar Nablus selepas beratus penceroboh Yahudi memenuhi kawasan tersebut untuk melakukan ritual di makam nabi Yusuf.
Sumber tempatan berkata berpuluh pemuda menutup jalan di kawasan timur dengan batu dan membakar tayar; dan berdepan tentera rejim dan kenderaan peronda mereka dengan membaling batu dan bom Molotov ke arah mereka.
Mereka menambah bahawa pertempuran memuncak setelah lebih ramai tentera Israel tiba dengan menaiki kenderaan tentera termasuk jentolak menyerbu kawasan timur Nablus dan memenuhi jalan raya untuk memberi perlindungan ke atas bas dan kereta yang membawa beratus penceroboh.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan