Categories
Berita Semasa

Damai Perlu Dibayar Oleh Israel !

Isnin, 30/06/2008 –Pergerakan Hamas pada Ahad lepas telah menekankan bahawa mereka komited terhadap perjanjian ke amanan dengan penjajah Israel dengan balasan bahawa Israel bersetuju menghentikan keganasan mereka dan sekatan yang dikenakan.

Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, berkata di dalam kenyataan akhbar bahawa persetujuan itu adalah satu kesepakatan nasional dan dengan tindakbalas dari kepentingan negara.

Beliau menegaskan bahawa tempat menyeberang telah di buka secara berperingkat-peringkat dan menambah bahawa Hamas akan memberi lebih ruang bagi menguji komitmen penjajah Israel ke atas perjanjian terutama bagi menghentikan sekatan-sekatan yang ada