Categories
Berita Semasa

14 Tahanan Palestin Teruskan Mogok Lapar Terbuka

Rabu, 11-08-2021 – Pada hari Sabtu, empat belas tahanan Palestin di penjara Israel meneruskan mogok lapar terbuka mereka, sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran mereka.

Hassan Abd Rabbo, jurucakap Penguasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tawanan, mengatakan bahawa tahanan yang mogok bertekad untuk meneruskan mogok lapar sehingga tuntutan mereka tercapai.

Dalam wawancara dengan radio Voice of Palestin, Abd Rabbo memperingatkan betapa seriusnya keadaan kesihatan tahanan, terutama dengan gelombang panas yang teruk di Palestin, kerana mereka mengalami keletihan yang teruk, selain penurunan berat badan, dan telah diperlakukan dengan buruk.

Israel menahan 4,850 tahanan Palestin di penjaranya, termasuk 41 tahanan wanita, 225 kanak-kanak dan 540 tahanan pentadbiran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul