Categories
Berita Semasa

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Pertimbang Siasat Kemusnahan Khirbet Humsa

Khamis, 19-08-2021 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague sedang mempertimbangkan kemungkinan akan membuka siasatan ke atas kemusnahan rumah kediaman serta pemindahan berpuluh-puluh orang warga Palestin yang tinggal di desa Lembah Jordan Khirbet Humsa.

Menurut laman web Haaretz, pejabat pendakwa ICC sedang mempertimbangkan untuk menyiasat kejadian di kampung berkenaan sebagai maklumbalas terhadap petisyen yang diajukan oleh organisasi “Combatants for Peace” atau “Penempur Untuk Keamanan”, yang menyifatkan tindakan Israel sebagai satu “jenayah perang.”

Kejadian itu berlaku bulan lalu ketika pihak pentadiran awam tentera rejim menimbulkan kacau bilau di beberapa rumah kediaman dan struktur bangunan dan merampas harta benda kira-kira 60 orang penduduk Palestin di kampung itu, yang terletak di kawasan yang sengaja diisytiharkan oleh tentera sebagai zon tembak. Ini adalah kempen pemusnahan ketiga dalam tempoh satu tahun.

Penduduk kampung memberitahu Haaretz bahawa pada bulan Februari lalu, mereka diberitahu bahawa jika mereka bergerak sejauh 15 kilometer ke barat, mereka akan dibenarkan untuk mendapatkan kembali barang-barang yang telah dirampas dari mereka, tetapi mereka telah menolak tawaran untuk mencari laman web alternatif.

“Walaupun pasukan tentera bertindak mengusir komuniti gembala di Khirbet Humsa, mereka dapat mencari penyelesaian kreatif untuk peneroka yang tinggal di sekitar Kawasan Tembak 903, yang menunjukkan bahawa keperluan untuk “berlatih” hanyalah semata-mata alasan untuk membuat perubahan demografi,” menurut Combatants for Peace dalam rayuannya kepada ICC.

“Selain kenyataan bahawa latihan tentera tidak boleh dianggap sebagai keperluan ketenteraan yang mendesak, alasan itu juga tidak boleh diguna pakai dalam hal Khirbet Humsa, kerana pihak tentera tidak mahu penduduk untuk kembali ke tempat kediaman mereka di sekitar zon tembak selepas tamat latihan,” tulis organisasi itu.

“Sebaliknya, pihak tentera telah mengeluarkan perintah perobohan dan memusnahkan bangunan sementara penduduk, merampas barang-barang mereka yang tidak seberapa dan telah memberi tekanan kepada mereka untuk berpindah ke tempat lain secara sukarela,” tambahnya.

Menurut kumpulan hak sayap kiri B’Tselem, kira-kira 2,700 orang kini tinggal di dalam kira-kira 20 komuniti penggembalaan di daerah yang diisytiharkan oleh pihak tentera sebagai zon tembak serta kawasan-kawasan bersebelahannya di Lembah Jordan.

Penduduk Khirbet Humsa, yang kebanyakannya bekerja sebagai gembala, berasal dari desa As Samu di selatan Tebing Barat. Mereka datang ke Lembah Jordan Utara pada tahun 1970-an, kerana kawasan yang sesuai untuk menggembala mulai berkurang atau sumber air ditutup disebabkan sekatan tentera dan pembinaan penempatan. Selepas perang 1948, ramai keluarga dari As Samu telah hilang tanah mereka, yang akhirnya berada di bawah kawalan Israel di belakang Garisan Hijau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul