
Jumaat, 27-08-2021 – Pihak berkuasa Mesir telah memutuskan untuk menutup sempadan Rafah dan Jalur Gaza. Penutupan ini telah memasuki hari yang ketiga semenjak hari Rabu yang lalu.
Menurut kementerian dalam negeri di Gaza, penutupan kedua-dua pintu sempadan ini melibatkan pihak berkuasa Mesir. Sehingga kini, masih tiada keterangan lanjut mengenai penutupan pintu gerbang ini walaupun telah memasuki hari ketiga penutupan ini dijalankan.
Lebih daripada 27,000 penduduk Palestine di Gaza perlu mendaftar perjalanan mereka setiap kali melalui sempadan Rafah ini. Kebiasaannya pintu ini akan dilalui oleh mereka yang bekerja lima hari seminggu dan hanya 2500 permohonan warga Palestine sahaja yang akan diizinkan oleh pihak berkuasa.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti