Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi rosakkan kereta warga Palestin di al-Khalil

Jumaat, 03-09-2021 – Sekumpulan pelampau penceroboh Yahudi pada malam semalam telah menyebabkan kerosakan ke atas beberapa buah kereta milik warga Palestin berdekatan masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil, di selatan Tebing Barat yang diduduki.

Menurut sumber tempatan, penceroboh menyusup semalam ke kejiranan Jaber berdekatan masjid Ibrahimi dan menyebabkan kekacauan di jalan raya, mengetuk beberapa buah kereta yang diparkir dan memecahkan tingkap kereta-kereta tersebut.

Insiden sabotaj dan keganasan oleh puak pelampau Yahudi ke atas warga Palestin dan harta benda mereka adalah kejadian harian yang berlaku di seluruh Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan