Kanak-kanak Palestin Cedera Kejadian Langgar Lari Oleh Peneroka Haram Yahudi

Isnin, 06-09-2021 – Seorang peneroka haram Yahudi yang memandu dengan kelajuan tinggi telah melanggar seorang kanak-kanak Palestin pada hari Khamis pagi dan mencederakannya di sebatang jalan di kawasan al-Husain, di sebelah timur Bandar al-Khalil di Tebing Barat Yang Diduduki.

Menurut saksi, seorang peneroka telah merempuh keretanya ke arah kanak-kanak itu ketika dia berjalan ke sekolahnya di kawasan itu. Peneroka tersebut kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian.

Kanak-kanak berkenaan mengalami pelbagai kecederaan dan lebam-lebam dan telah dikejarkan ke hospital tempatan.

Kejadian keganasan oleh peneroka pelampau Yahudi ke atas penduduk Palestin dan harta benda mereka adalah kejadian yang berlaku setiap hari di seluruh Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul