Hamas Seru Perarakan Lindungi Masjid Al-Aqsa

Selasa, 07-09-2021 – Gerakan Hamas menggesa rakyat Palestin mengadakan perarakan besar-besaran jika kumpulan peneroka bertindak melakukan perbuatan agresif terhadap masjid itu semasa cuti Yahudi.

Dalam kenyataan media, jurucakap Hamas Mohamed Hamadah menegaskan bahawa pencerobohan peneroka setiap hari di Masjid Al-Aqsa diatur dan dilindungi oleh institusi keselamatan dan ketenteraan Israel.

Hamadah juga meminta kumpulan penduduk Palestin di Jerusalem dan wilayah 1948 Palestin yang diduduki untuk memperhebat kehadiran mereka di Masjid Al-Aqsa untuk menjamin bahawa tempat suci itu dilindungi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar