Hamas Mengutuk Keras Tuduhan Terhadap Presiden Sudan.

Selasa, 15/07/2008 –Pergerakan Hamas mengutuk keras tuduhan jenayah perang yang telah diserahkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap Presiden Sudan, Omar Hassan Al-Bashir berikutan pertelingkahan di Darfur.


Ketua pendakwa ICC menuduh Bashir “melakukan jenayah yang bertentangan dengan kemanusiaan” di wilayah barat Sudan, Darfur manakala Sudan pula telah menafikannya.

“Langkah ini [pendakwaan ICC] membuktikan tanpa keraguan yang munasabah bahawa PBB dan tangan-tangannya telah dikawal oleh pentadbiran Amerika Syarikat dan menukarkannya kepada alatan yang siap sedia dan digunakan untuk tujuan politik,” tegas pergerakan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan denga satu salinan telah diperolehi PIC.