IOF menahan sebahagian saudara mara tahanan yang melarikan diri dari penjara Gilboa

Isnin, 13-09-2021 – Setelah sekumpulan tahanan berjaya keluar menerusi terowong dari penjara Gilboa, tentera rejim zionis (IOF) menyerbu rumah saudara mara mereka dan menahan sebahagiannya di kampung Arraba dan Ya’bad di Jenin.

Menurut sumber tempatan, IOF menahan Yakub Nefia’t, bapa Munadil, salah seorang tahanan yang melarikan diri, di Yaabad dan melancarkan pencarian besar-besaran di kampung itu.

Di Arraba, IOF menyerbu kampung dan menahan Basem A’rada,  abang kepada tahan Mahmud A’rada.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati