Categories
Berita Semasa

Hamas seru memperbanyakkan tindakan ke atas Rejim Zionis

Selasa, 14-09-2021 – Gerakan Hamas memberi penghormatan kepada enam tahanan Palestin yang melepaskan diri dari penjara Gilboa, menyifatkan mereka sebagai tahanan yang berani dan wira Perjuangan Terowong Kebebasan.

Dalam kenyataan akhbarnya, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum turut menyifatkan peristiwa itu hanyalah sebagai salah satu perjuangan dan kesusahan terbuka dan berterusan  ke atas rejim zionis.

“Ini akan mencetuskan semangat baru terhadap rakyat, terutamanya di Tebing Barat, bagi meneruskan perjuangan dan kebangkitan besar-besaran terhadap rejim dan menyatakan sokongan kepada para tahanan, mempertahankan hak serta melindungi tanah air dan tanah suci,” Barhoum menyatakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati