Haniyah Lawat TV Al-Aqsa, Tunding Amerika Angkuh.

Selasa, 15/07/2008 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya menolak keputusan Kongres Amerika yang menuduh TV Arab, termasuk TV Al-Aqsa Palestin sebagai organisasi ‘haram’. Beliau melihat keputusan itu sebagai bukti keangkuhan Amerika yang ingin menambah sekatan terhadap rakyat Palestin.

Sewaktu kunjungan perpaduan yang dilakukannya ke pejabat Jaringan Al-Aqsa TV di Gaza, Isnin (14/7), beliau mengatakan bahawa keputusan Amerika itu tidak akan menggangu kerja mereka. Bahkan menjadi kemuliaan baginya dan bukti kegagalan pelbagai sekatan yang dilakukan dan sekarang berusaha menyekat kebebasan media pula.