
Rabu, 22-09-2021 – Mogok lapar yang dijalankan oleh Mikdad Qawasme di penjara Israel telah memasuki bulan ketiga pada hari Isnin lalu, sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbirannya, yang dijalankan tanpa perbicaraan atau tuduhan.
Qawasme, 24 tahun, seorang bekas tahanan, ditangkap oleh rejim Zionis pada bulan Januari tahun ini dan ditahan di bawah tahanan pentadbiran selama enam bulan, yang kemudiannya telah diperbaharui selama enam bulan lagi.
Qawasme mengalami keadaan kesihatan yang merosot disebabkan mogok laparnya yang telah memasuki hari ke-61 pada hari Isnin lalu dan ditahan di ICU di hospital penjara Ramle.
Tahanan telah kehilangan berat badannya seberat 15 kilogram dan mengalami kesukaran untuk bernafas serta kesakitan di seluruh tubuh. Dia juga menderita masalah migraine, perut dan mata.
Pejabat Asra Media, yang menguruskan urusan tahanan Palestin di penjara Israel, mempertanggungjawabkan pihak berkuasa rejim Zionis atas nyawa Qawasme dan semua tahanan lain yang sedang menjalani mogok lapar.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul