Berpuluh penceroboh memasuki al-Aqsa

Selasa, 05-10-2021 – Sejumlah puak pelampau penceroboh Yahudi pada pagi hari Ahad telah mencemari masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki.

Menurut sumber Pentadbiran Wakaf Islam di kota suci tersebut, sekurang-kurangnya 47 orang penceroboh memasuki masjid tersebut dalam satu kumpulan melalui Pintu Maghariba dan mengunjungi halamannya sambil diiringi polis.
Sebahagian penceroboh turut melaksanakan ritual ajaran Talmud semasa kunjungan mereka di tapak suci Islam itu, teutamanya di bahagian timur.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan