Bot bersenjata Israel serang bot nelayan Palestin di perairan Gaza

Selasa, 05-10-2021 – Pada pagi Selasa, bot bersenjata Israel menyerang dan mengepung satu bot nelayan Palestin di utara perairan Semenanjung Gaza.

Menurut jawatankuasa nelayan, dua bot bersenjata mengepung dan melepaskan tembakan ke arah bot nelayan ketika berada dalam lingkungan tiga batu nautika di utara Gaza.

Jawatankuasa nelayan menyatakan, tiada nelayan yang cedera dalam serangan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati