Palang Merah: Kesihatan 2 tahanan mogok lapar serius

Isnin, 11-10-2021 – Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah menyuarakan keprihatinan terhadap kesihatan 2 tahanan yang melakukan mogok lapar semakin serius dan merosot. Kayed Fasfous dan Miqdad Qawasmeh merupalan dua orang warga Palestin yang ditahan dan dimasukkan ke hospital secara administratif di kawasan Palestine yang telah dijajah Israel.

“Doktor ICRC telah mengunjungi serta memantau kesihatan kedua-dua tahanan, Kayed Nammoura (Fasfous) yang telah mogok lapar selama 82 hari dan Miqdad Qawasmeh yang telah mogok lapar selama 75 hari”. Hal ini telah dinyatakan dalam siaran berita yang diterbitkan di laman web pada hari Isnin.

“Kami prihatin terhadap akibat yang berpotensi tidak dapat dipulihkan dari mogok lapar yang berpanjangan terhadap kesihatan dan kehidupan mereka,” kata Robert Paterson, perwakilan kesihatan ICRC.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti