Peneroka Haram Yahudi Rosakkan Kenderaan Penduduk Palestin Berhampiran Beit Iksa

Rabu, 13-10-2021 – Pada hari Sabtu lalu segerombolan peneroka haram Yahudi ekstremis telah merosakkan sejumlah kenderaan milik penduduk Palestin berhampiran perkampungan Beit Iksa, barat laut Baitulmaqdis Yang Diduduki.

Menurut sumber tempatan, peneroka haram dari Har Harmmm memecah tingkap beberapa kereta penduduk Palestin yang diletak di kawasan berhampiran.

Sumber tersebut menjelaskan bahawa pemilik terpaksa meletakkan kenderaan mereka di kawasan berhampiran Har Shmuel setelah pasukan polis Israel menutup jalan menuju ke Beit Iksa.

Ini bukan kali pertama para peneroka haram menyerang kenderaan warga Palestin dari Beit Iksa.Beberapa bulan yang lalu, mereka membakar dan mensabotaj banyak kereta milik penduduk tempatan di kawasan yang sama.

Kira-kira 2,000 orang Palestin tinggal di Beit Iksa dan mereka benar-benar terpisah di belakang tembok pemisahan Israel. Mereka terdedah kepada gangguan dan keganasan secara sistematik oleh peneroka haram dan pihak tentera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul