PRC desak PBB siasat semula pembunuhan beramai-ramai Sabra dan Shatila

Khamis, 14-10-2021 – Pusat Pemulangan Palestin (PRC) telah mendesak PBB untuk membuka semula fail pembunuhan beramai-ramai Sabra dan Shatila 1982, melakukan siasatan terperinci ke atasnya, dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab di mahkamah khas antarabangsa.

Perkara ini hadir bersama satu laporan yang diserahkan baru-baru ini kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB berkenaan pembunuhan beramai-ramai itu yang berlaku di Beirut 39 tahun lepas, apabila tentera militia sekutu Israel menyerbu kem pelarian Sabra dan Shatila di barat Beirut dan membunuh 3,500 orang kebanyakannya warga Palestin.
Menurut PRC, laporan berkenaan telah ditambah ke dalam arkib rasmi UNHRC di bawah kod rujukan A_HRC_48_NGO_68-EN.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan