Pemuda Palestin Cedera Terkena Tembakan Zionis di Tebing Barat

Khamis, 14-10-2021 – Seorang pemuda Palestin cedera pada waktu subuh hari Selasa lalu ketika pasukan rejim Zionis melepaskan tembakan ke arahnya di bandar Tamun, selatan Tubas di Tebing Barat.

Sumber tempatan memberitahu Quds Press bahawa sejumlah besar tentera Israel telah menyerbu kota Tamun, dan bertempur dengan pemuda-pemuda tempatan.

Mereka menambah bahawa Zionis telah melepaskan peluru hidup ke arah pemuda-pemuda tersebut, lantas mencederakan salah seorang dari mereka di kakinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul