Categories
Berita Semasa

Projek paip Israel-Mesir ?

Selasa, 26-10-2021 – Pejabat berita Reuters melaporkan bahawa penjajah Israel sedang dalam perundingan dengan pihak Mesir mengenai projek paip gas darat yang baharu.

Menurut laporan tersebut, seperti disiarkan surat khabar Maariv, paip baharu tersebut akan menghubungkan Israel dan Mesir melalui Sinai Utara dan akan siap dalam tempoh 24 bulan.

Menurut sumber industri yang mengetahui detailnya; biaya projek ini mencapai USD200 juta. Projek tersebut termasuk dalam rancangan membangunkan jaringan paip bawah laut ke Mesir dalam beberapa tahun, diharapkan dapat memperkuat posisi penjajah Israel sebagai pusat tenaga di Timur Tengah dan membangun hubungan diplomatik dengan negara lain.

Tahun lalu, Kementerian Tenaga Israel membuat pengumuman memulakan aliran gas asli dari Israel ke Mesir dan menganggapnya sebagai perkembangan penting yang memenuhi kepentingan ekonomi kedua belah pihak.

Langkah ini memungkinkan entiti penjajah Israel untuk mengeksport sebahagian gas aslinya ke Eropah melalui fasiliti pencairan gas di Mesir dan meningkatkan posisi Mesir sebagai pusat gas regional.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman