
Isnin, 01-11-2021 – Rejim Zionis (IOF) telah memanggil dua pemuda Palestin untuk disoal siasat di timur Baitulmaqdis
dan menculik dua lagi di Tebing Barat.
Menurut sumber di Baitulmaqdis, dua pemuda tersebut dikenali sebagai Firas al-Atrash dan Ahmed at-Taweel telah menerima saman daripada IOF kerana penyertaan mereka dalam perhimpunan untuk menentang pemusnahan tanah perkuburan al-Yusufiya di Kota Lama.
Pegawai polis juga menyerbu rumah Mohamed Odeh di kejiranan Bir Ayyoub di Silwan dan menyoalsiasat penduduknya.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul