Categories
Berita Semasa

Polis Israel menghalang warga Palestin yang cuba melindungi tanah perkuburan Baitulmuqaddis

Isnin, 01-11-2021 – Polis rejim Israel pada Selasa menghalang warga Baitulmuqaddis dan menahan dua daripada mereka ketika berkumpul dekat perkuburan Islam al-Yusufiya di kota lama Baitulmuqaddis bagi melindunginya daripada dimusnahkan.

Menurut sumber tempatan, polis rejim pada paginya dan kemudian pada waktu petang menghalau para pemuda Palestin dari perkuburan itu bagi menghalang yang lain memasukinya dan melepaskan bos tangan kepada orang awam ketika mereka cuba menghalang pendatang Yahudi daripada memusnahkan tempat itu.

Pegawai polis turut menahan seorang pemuda yang dikenali sebagai Mousa Khalaf ketika berada di perkuburan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati