Categories
Berita Semasa

Zionis cederakan warga Palestin, menembak gas pemedih mata di al-Khalil

Selasa, 02-11-2021 – Seorang remaja warga Palestin cedera ditembak peluru getah dan yang lain ditembak gas pemedih mata pada petang hari Sabtu dalam satu pertempuran ganas dengan tentera rejim Zionis di Bab az-Zawiya di bandar al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, tentera rejim Zionis  menghujani pemuda warga Palestin dan pusat komersil di laluan masuk ke jalan ash-Shuhada berdekatan jalan Bab az-Zawiya dengan gas pemedih mata dan peluru getah.
Seorang kanak-kanak cedera ditembak peluru getah dan yang lain sakit disebabkan gas pemedih mata semasa insiden berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan