
Jumaat, 12-11-2021 – Pejuang perlawanan Palestin melancarkan tembakan ke sebuah trak pengangkut gas Israel berdekatan Hebron Tebing Barat.
Sejumlah media Israel mengatakan, serangan tembakan trak pengangkut gas ke kelompok Yahudi di penempatan Kuriet Arba.
Disebutkan bahawa penembak berjaya melarikan diri, sementara itu pasukan Israel segera ke lokasi kejadian.
Video kejadian dikeluarkan sejumlah media Israel yang menunjukkan trak pengangkut gas menjadi sasaran tembakan.Bekas tembakan kelihatan di bahagian pintu hadapan.
Sementara itu, seorang wanita warga emas Palestin (74) mengalami kedcederaan, akibat ditembak di kota Nazaret wilayah Palestin 48 terjajah.
Pihak polis Israel menyebutkan wanita tersebut mengalami kecederaan ketika berada di rumahnya, kemudian dirujuk ke klinik Rambam Kota Haifa, untuk mendapatkan rawatan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman