Categories
Berita Semasa

Kesihatan tahanan Harimi semakin teruk apabila mogok lapar untuk hari ke 49

Selasa, 16-11-2021 – Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menyatakan bahawa tahanan Ayyad al-Harimi, 34 tahun dari Bethlehem, telah mogok lapar selama 49 hari sebagai bantahan ke atas penahanan beliau tanpa bicara.

Menurut peguam Suruhanjaya, Harimi baru-baru ini dipindahkan dari penjara Ramlake penjara Ofer, di mana beliau ditahan di bilik yang kotor dan dicemari lipas.

Harimi tidak diberikan sebarang vitamin dan rawatan perubatan sejak beliau mula mogok lapar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati