
Rabu, 17-11-2021 – Ketua Jawatankuasa Qatar untuk Pembinaan Semula Gaza, Duta Besar Muhammad Al-Emadi, mengumumkan bahawa bantuan tunai akan disalurkan kepada keluarga miskin dan pihak yang memerlukannya di Semenanjung Gaza mulai esok Selasa melalui badan Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB).
Duta Besar Al-Emadi mengatakan dalam keterangan bertulis Ienin (15/11) yang dimuat di web rasmi Jawatankuasa Qatar, “Proses penyaluran bantuan tunai kepada keluarga yang memerlukan di Semenanjung Gaza akan dimulai pada Selasa, bekerja sama dengan Dana Qatar untuk Pembangunan.”Beliau menjelaskan bahawa bantuan tunai akan diberikan kepada sekitar 95,000 keluarga yang memerlukan di Semenanjung Gaza sebanyak $100 per keluarga.
Duta Besar Al Emadi menjelaskan bahawa proses pengedaran akan dilakukan melalui pihak PBB dan melalui pusat pengedaran yang telah dikenalpasti di Semenanjung Gaza. Sekitar 300 pusat pengedaran akan beroperasi selama sekitar 10 hari.
Pada 19 ogos, Jawatankuasa Qatar untuk Pembinaan Semula Semenanjung Gaza menandatangani nota kesefahaman dengan PBB untuk mengedarkan hibah tunai Negara Qatar kepada 100,000 keluarga miskin di Semenanjung Gaza setiap bulan mulai September 2021.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman