Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis cabut 250 pokok zaitun di Salfit

Khamis, 18-11-2021 – Rejim Zionis pada petang hari Isnin meratakan tanah pertanian milik warga Palestin dan memusnahkan beratus pokok zaitun di kawasan al-Ras di Salfit di tengah Tebing Barat.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa jentolak Israel mencabut 250 pokok zaitun berusia di antara tujuh hingga sepuluh tahun, di kawasan al-Ras dengan alasan ia terletak di kawasan C Tebing Barat, di mana ia di bawah kawalan penuh pentadbiran dan ketenteraan Israel. Rejim Zionis juga memusnahkan kawasan tanah yang besar dan merobohkan beberapa tembok penahan di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan