Peneroka Yahudi menyerang kenderaan rakyat Palestine di timur laut Ramallah.

Jumaat, 19-11-2021 – Sekumpulan ekstremis Yahudi telah menyerang kenderaan milik rakyat Palestine yang melalui jalan yang berhampiran dengan penempatan haram Beit El di bahagian timur laut Ramallah pada petang Rabu kelmarin.

Menurut sumber tempatan, peneroka Yahudi ini telah berhimpun di kawasan lampu isyarat di pintu masuk ke Beit El dan mula membaling batu ke arah kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan namun beberapa kenderaan mengalami kerosakan dalam insiden serangan terbabit.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti